Showing posts with label Tips Ibu Anak. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu Anak. Show all posts

Thursday, March 15, 2018

KALSIUM PENTING ATAU TIDAK | TIPS KESIHATAN


Hi everyone!

Korang tahu tak kenapa commercial break di television beria sangat selalu keluar pasal susu dan kalsium?

Setelah umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.

Tapi sesetengah daripada kita tak suka minum susu. 

Tahu tak sumber kalsium tidak hanya pada susu?

Kita boleh ambil brokoli, ikan salmon, pisang, keju, sayur hijau seperti bayam, dan juga kekacang salah satu sumber kalsium yang kita boleh pilih.




So no more excuse after this ;)


PENTING TAK KALSIUM UNTUK TUBUH BADAN KITA?

Untuk Dewasa

-Menguatkan Tulang

-Mencegah Obesiti

-Melindungi Otot Jantung -

-Kalsium melindungi otot jantung anda.

-Mengelakkan Kanser Kolon

-Mencegah Blues Pra-haid

-Mencegah Batu Karang

-Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat

-Kawalan Tekanan Darah

-Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat

-Membantu Pengangkutan Nutrien


Untuk ibu hamil


-Bantu penghasilan saraf dan otot bayi di dalam kandungan

-Memastikan ibu tidak mengalami masalah sakit belakang

-Membantu gigi ibu dan bayi sihat

-Mengelakkan Osteoporosis

-Membantu penghasilan jantung bayi yang lebih sihat

-Memudahkan ibu bergerak

-Memastikan tulang ibu kuat


Untuk Ibu Menyusu

-Merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

- Mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses penyusuan


Untuk kanak kanak

-Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh.

-Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna.

-Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh kanak kanak.


Bagi cha semua peringkat umur penting untuk ambil kalsium dalam diet harian sebab badan kita sangat perlukan mineral kalsium.

Tak perlu ambil berlebihan sebab setiap peringkat umur dah ada dose mineral kalsium yang diperlukan oleh badan




So lets have a healthy and productive lifestyle!


Thanks for reading and have a great day ahead ;)

Dont forget to follow me on


Friday, March 9, 2018

8 TIPS URUSKAN ANAK DEMAM DARIPADA SUPER MOMMIES | TIPS MOMMY AND KIDS

Hai mommies!

Haritu Adik demam. Adik jarang sangat demam, Alhamdulillah. Tapi bila Adik ada nampak ada potential nak demam ni memang cha dah give extra care. Check suhu sekerap mungkin dan buat langkah prevention siap-siap.

Sekurangnya kita berusaha untuk sembuhkan sesuatu penyakit kan?


Cha a bit trauma sebab pernah admitted almost 5 days waktu adik demam 39c last year. So mommies please jangan bertangguh kalau anak dah over 38c sebab suhu akan cepat naik waktu senja dan tengah malam dan sangat bahaya kalau terlalu tinggi untuk bayi.


Doktor ada beritahu, bayi terutamanya mudah cenderung untuk mendapat jangkitan demam sebab antibodi dia masih lemah yang menyebabkan virus mudah serang even suhu drop secara mengejut walaupun 1 celcius




Cha share tips yang sedikit sebanyak membantu dalam uruskan anak demam.


1. Dengan suhu tinggi 38 darjah celcius ke atas, tanggalkan pakaian anak dan biarkan mereka memakai lampin sahaja. 


2. Tuamkan kepala dan badan anak dengan tuala basah untuk turunkan suhu. Boleh basahkan tuala dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titik cecair Basic H. Dengan cara ini anda akan perasan bahawa badan anak anda tidak akan berbau berbanding dengan menggunakan campuran air asam jawa dan lain-lain. 


3. Boleh juga mandikan atau biarkan anak berendam dalam air suam untuk turunkan suhu. Boleh gunakan beberapa titisan cecair Basic H dari Shaklee yang organic dan tidak akan membuatkan badan anak anda berbau. 


4. Hidratkan anak anda dengan kerap berikan air untuk diminum. Untuk anak yang masih menyusu, ibu harus kerapkan menyusu. 


5. Untuk ibu yang menyusukan anak yang demam, ibu juga boleh bekalkan vitamin tambahan melalui susu ibu dengan mengamalkan Sustained Release Vitamin C dan Garlic Complex dari Shaklee untuk mendapatkan susu yang lebih berkualiti untuk anak. Dan juga supaya ibu sentiasa sihat dan bertenaga untuk menjaga anak yang kurang sihat. 


6. Berikan anak yang demam makanan yang lembut dan senang dihadam seperti bubur dan sup. 


7. Sentiasa monitor suhu badan anak anda. 


8. Sekiranya tiada tanda perubahan suhu dan suhu semakin tinggi, segeralah bawa anak berjumpa doktor.


Perlukan banyak kesabaran sebab anak akan lebih cranky daripada biasa dan perlukan belaian daripada parent. Doa doa dan doa sebab hanya ALLAH SWT YANG MAHA PENYEMBUH


Semoga kita dan keluarga dijauhkan daripada penyakit yang memudaratkan.

Thanks for reading and have a great day ahead ;)

Dont forget to follow me on

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe