Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips kesihatan. Show all posts

Thursday, April 5, 2018

PENTING VITAMIN C DALAM BADAN KITA | TIPS KESIHATAN

TAHU TAK?

Vitamin C amat penting untuk tubuh badan dan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian.

Sebab itu badan kita perlu ada penambahan vitamin C yang berterusan.


KENAPA PENTING NYA TAMBAH VITAMIN C DALAM BADAN?

Antara kepentingan vitamin C yang cukup untuk badan

🌸 Membantu dalam penghasilan kolagen


🌸 Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif


🌸 Melindungi dari sinaran uv


🌸 Agen penyembuhan luka


🌸 Meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian


🌸 Menstabilkan paras darah


🌸 Membantu penyerapan zat besi


So, vitamin C adalah supplement yang selamat digunakan dan boleh ditambah nutrisi ini dalam badan.

Jika berlebihan dalam tubuh, ia akan dikeluarkan melalui air kencing disebabkan sifat vitamin C yang mudah larut dalam air.




Semoga bermanfaat!

Free consultation from cha, do not hesitate to whatsapp me ;)

Follow Cha on





cha | 0176529840

Saturday, March 24, 2018

PUNCA MIGRAINE TANPA KITA SEDAR | TIPS KESIHATAN







APA ITU MIGRAINE?

✅Dikenali sebagai vascular headache.


✅Satu keadaan di mana sakit kepala terjadi di sebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia otak.perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut,loya dan pening.


✅Sakit kepala yang berlaku berulang,berdenyut-denyut selalu terjadi sebelah kepala sahaja.


✅Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala.


TAHU TAK APA PENYEBAB TERJADINYA MIGRAINE?

Kadang - kadang tanpa kita sedar, gaya hidup atau pemakanan kita sendiri yang menjadi faktor utama kita terkena migraine.



✅makan makanan yg tinggi kandungan MSG. MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.



✅Amalkan ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.




✅ Kerap minum minuman berkafein. Kafein menyebabkan penyempitan salur darah dlm badan.



✅ Stress. Ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.



✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat



✅ Waktu tidur yang tidak menentu. Tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dlm badan.

Amalkan gaya hidup yang sihat disamping pemakanan yang baik.

Semoga bermanfaat!

Free consultation from cha, do not hesitate to whatsapp me ;)

Follow Cha on


INSTAGRAM

FACEBOOK PAGE


cha | 0176529840

Friday, March 16, 2018

KEBURUKAN ALFAFA | TIPS KESIHATAN

Hi everyone!

Cha ada client yang whatsapp cha tanya kenapa dia dapat bad effect daripada pengambilan Alfafa Complex yang dia pernah beli sendiri sebelum ni

Selidik punya selidik, rupanya cha dapati dia tak sesuai pun ambil Alfafa walaupun niat asal nak ambil Alfafa tu untuk tingkatkan kesihatan dia

Korang tahu tak yang tak semua orang sesuai mengambil apa-apa supplement yang mengandungi Alfafa

Sebab tu sangat penting untuk kita dapatkan konsultasi daripada agen dipercayai yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang produk mereka.


ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA


1. WANITA MENGANDUNG


Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung


2. PENYAKIT AUTOIMUN


Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk


3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID


Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk


4. KENCING MANIS


Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma


5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG


Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa

Alfafa tak salah, yang salah tu pengguna.

Sebelum kita nak ambil apa-apa makanan tambahan, kenali diri dan kenali apa yang kita nak cuba tu.

Semoga bermanfaat!

Free consultation from cha, do not hesitate to whatsapp me ;)

Follow Cha on


INSTAGRAM

FACEBOOK PAGE


cha | 0176529840

Thursday, March 15, 2018

KALSIUM PENTING ATAU TIDAK | TIPS KESIHATAN


Hi everyone!

Korang tahu tak kenapa commercial break di television beria sangat selalu keluar pasal susu dan kalsium?

Setelah umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.

Tapi sesetengah daripada kita tak suka minum susu. 

Tahu tak sumber kalsium tidak hanya pada susu?

Kita boleh ambil brokoli, ikan salmon, pisang, keju, sayur hijau seperti bayam, dan juga kekacang salah satu sumber kalsium yang kita boleh pilih.




So no more excuse after this ;)


PENTING TAK KALSIUM UNTUK TUBUH BADAN KITA?

Untuk Dewasa

-Menguatkan Tulang

-Mencegah Obesiti

-Melindungi Otot Jantung -

-Kalsium melindungi otot jantung anda.

-Mengelakkan Kanser Kolon

-Mencegah Blues Pra-haid

-Mencegah Batu Karang

-Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat

-Kawalan Tekanan Darah

-Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat

-Membantu Pengangkutan Nutrien


Untuk ibu hamil


-Bantu penghasilan saraf dan otot bayi di dalam kandungan

-Memastikan ibu tidak mengalami masalah sakit belakang

-Membantu gigi ibu dan bayi sihat

-Mengelakkan Osteoporosis

-Membantu penghasilan jantung bayi yang lebih sihat

-Memudahkan ibu bergerak

-Memastikan tulang ibu kuat


Untuk Ibu Menyusu

-Merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

- Mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses penyusuan


Untuk kanak kanak

-Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh.

-Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna.

-Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh kanak kanak.


Bagi cha semua peringkat umur penting untuk ambil kalsium dalam diet harian sebab badan kita sangat perlukan mineral kalsium.

Tak perlu ambil berlebihan sebab setiap peringkat umur dah ada dose mineral kalsium yang diperlukan oleh badan




So lets have a healthy and productive lifestyle!


Thanks for reading and have a great day ahead ;)

Dont forget to follow me on


Monday, March 5, 2018

COQ-TROL PLUS SHAKLEE UNTUK JANTUNG SIHAT | TIPS KESIHATAN




Cha nak share produk formulasi baru daripada Shaklee yang baru je dipasarkan early this year.


Coq Trol Plus yang mana diberhentikan 3 tahun lepas (Coq Health) dan diperbaharui sekarang dengan menaikkan kualiti ingredient dalam supplement ni.


Perasan tak banyak produk dipasaran yang mana bukan vitamin (contohnya Nivea), guna coq10 dalam krim, lotion dan lipbalm.



Yang istimewanya produk CoQ Trol Plus ni sebab ia mengandungi coq10 dan resveratrol yang ada dalam Vivix tu.



APA ITU CoQ10 (Coenzyme Q10)



Nutrient yang bersifat larut lemak yang ada dalam organ penting contohnya buah pinggang, jantung dan hati. Organ-organ ni memerlukan tenaga yang selular sebab mereka bekerja lebih keras berbanding organ lain


Coq10 adalah penting kepada trilion sel dalam badan yang mesti membuat tenaga mereka sendiri untuk bertahan hidup. Untuk membuat tenaga, sel-sel membakar gula dan lemak yang berasal dari makanan yang kita makan.


Jadi Coq10 ni sangat diperlukan oleh sel dan organ untuk berfungsi dengan baik. Bila tenaga yang dibekalkan cukup, maka organ kita akan bergerak dengan lancar. Saluran darah bergerak secara lancar, maka jantung kita dapat mengepam dan berfungsi dengan sangat baik. Sebab tu pentingnya Coq10 yang cukup dalam badan kita


Nutrien yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular.


Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Ini sangat penting kerana ia membantu menggalakkan fungsi saluran darah, termasuk mereka yang mengangkut darah ke jantung.



KELEBIHAN COQ TROL PLUS SHAKLEE

Ni paling istimewa sebab ada kandungan Resveratrol yang ada pada Vivix Shaklee.


Resveratrol adalah fitonutrien yang terdapat dalam wain merah, kulit merah anggur, dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, resveratrol memainkan peranan dalam kesihatan jantung dan saluran darah.


Dalam kajian makmal, resveratrol telah terbukti untuk membantu mengurangkan pengoksidaan LDL dan mempromosi kelonggaran saluran darah. Lebih banyak saluran darah yang lebih santai, lebih luas ia terbuka untuk menggalakkan aliran darah yang sihat


Selain daripada tu, Coq Trol Plus mengandungi minyak zaitun untuk bantu penyerapan yang baik dan juga ianya 100% semulajadi.


Sebenarnya, badan kita memang akan menghasilkan coq10 secara semulajadi tapi ia akan merosot seiring usia dan gaya hidup kita (contohnya, kurang bersenam, pemakanan tak seimbang, pencemaran)


Tahu tak pada umur kita seawal 20-an tubuh kita sendiri mengalami kesukaran untuk menghasilkan coq10.


Apa kita perlu buat ialah makan makanan yang kaya dengan Coq10, amalkan gaya hidup yang sihat dan lengkapkan nutrisi coq10 secara mengambil makanan tambahan


TANDA TANDA BADAN KITA KEKURANGAN COQ10


✔Sering rasa lemah


✔Mudah penat/keletihan


✔Cepat mengantuk


✔Tiada tenaga



Tenaga yang cukup akan memberikan impak yang sangat baik untuk kesihatan badan kita dan juga aktiviti harian yang produktif!


APA KATA MEREKA?














Thanks for reading.

Follow Cha on


INSTAGRAM

FACEBOOK PAGE


cha | 0176529840

Monday, February 26, 2018

KENAPA PERLU MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE SUSTAINED RELEASE | VITAMIN

Antara Vitamin yang cha consume daripada kecil sampai sekarang - Vitamin C

Waktu kecil-kecil dulu pun Ma akan bagi vitamin C either dalam bentuk cecair mahupun jenis tablet.

Korang rasa sebab nak anak dia kulit cantik ke?


No lah!

Mesti mak mak risau anak mudah demam atau jatuh sakit kan? So most of us akan usaha untuk boost immune anak melalui pemakanan yang sihat dan ditambah dengan vitamin yang kaya dengan nutrisi macam Vitamin C.










Tahu tak yang badan kita tak hasilkan dan simpan vitamin c, maknanya kita kena consume Vitamin C ni hari-hari untuk


  • penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik
  • untuk gusi dan gigi yang sihat
  • untuk rambut yang sihat
  • untuk tambah imunisasi badan
  • berperanan penting untuk kesihatan tulang



TAPI APA YANG ISTIMEWA NYA SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE NI?


🍊 Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Jadi korang yang ada gastrik pun jangan risau untuk ambil Vita-C Plus

🍊 Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran.

 Ia bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

🍊 Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


Bagi Cha Vitamin C Shaklee sangat istimewa berbanding jenama lain yang Cha pernah consume sebelum ni sebab ia ada fungsi sustained release.


Apa maksud “Sustained Release”?

Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. 

Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Vitamin larut air seperti B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang mudah larut di dalam air (sebab itu kita dinasihatkan minum air yang cukup terutama bila mengambil supplement), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Sustained Release, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja. 

Bukankah membazir jika semua yang kita ambil `terbuang` begitu saja tanpa sempat dimanfaatkan oleh tubuh kita?


Jadi, Sustained Release Vita-C Plus™️ menawarkan :

👍 kesan vitamin yang optimum
👍 meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan)
👍 menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


Perlu ke tak Vitamin C dalam diet harian?

Bagi Cha sangat perlu!

Bukan sahaja untuk kesihatan badan, tapi bonus dengan kulit yang cantik!




Sebarang pertanyaan boleh klik Whatsapp Cha

Dont forget to follow me on


Thanks for reading and have a great day ahead ;)

Tuesday, February 13, 2018

ALFAFA : BAIK UNTUK KURANGKAN MASALAH GOUT [TIPS KESIHATAN]



Hari ni Cha nak share tentang Gout yang selalu orang bagitahu yang sakit sendi bengkak ibu jari dan kebanyakkan dikaitkan dengan pemakanan yang tak sihat dan obesiti.


Betul ke?




Tapi apa sebenarnya penyakit GOUT ni?







APA ITU GOUT?



Secara saintifiknyaa


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 ?mol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.


Gout memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.


Sakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.


Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi.


Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.












Kebiasaannya bagi yang menghadapi masalah ni, disarankan untuk mengambil supplement tambahan yang mengandungi Alfafa disamping ubat yang dibekalkan oleh pegawai perubatan.





KELEBIHAN ALFALFA MEMBANTU GOUT









Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah.


Alfalfa mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Maka pengambilan alfalfa mampu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kaki dan tumit yang bengkak kerana serangan gout. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout. (Reference)


Pengambilan alfalfa secara konsisten mampu mengurangkan serangan gout.


Walaubagaimanapun, jika gout menyerang, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, mengambil ubat disamping meneruskan pengambilan Alfalfa.


Tak salah ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik kan?


Jom sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat!



Klik whatsapp Cha untuk sebarang pertanyaan dan dapatkan Alfafa Shaklee dengan harga Istimewa 😊




FB : Shahida Hussin


IG : @theinfinitecharm


p/s : Klik bahagian sidebar untuk follow :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe