Showing posts with label ~ L.O.V.E ~. Show all posts
Showing posts with label ~ L.O.V.E ~. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Wahai lelaki....jangan kamu buat begini...


no...no..no...no...... tak baik buat kaum ku begini... ikhlas kan diri anda wahai kaum adam..
nescaya jodoh anda berpanjangan... ^__^

sticky note: bercinta biar satu....cewahhh.... :P

sparkle effects

Saturday, February 11, 2012

7 Types of girls

Salam and Morning guys... (well, almost afternoon pun..haha)
Seriously  not remember where did I got this thing but I just found in my e-mail which I sent to my boy last time.. hahaha.. and already got the answer... (so suweeeetttt)


Basically 7 types of girls,
which 1 is yours?


  1. Hard Disc Girls : Remember everything forever
  2. Ram Girls : Forget everything bout u the moment u go away from her
  3. ScreenSaver Girls : Just for looking
  4. Internet Girls : Difficult to access
  5. Server Girls : Always busy when needed
  6. Multimedia Girls : Always make horrible thing looks beautiful
  7. Virus : Once enters in your system dont leave even after format

Girls, if u wanna know the answer, then ask your boy! hahaha....

Sticky notes: sharing is love! is it? ermmm......

sparkle effects

Friday, February 10, 2012

Kahwin cara Melayu atau Islam?




KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi.
Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!
Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.
Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.
Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.
Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
Harga lampin pakai buang?
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!


Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)



Sticky Note: aku suke text ni...source from wall facebook sape tah...
sparkle effects

Recipe for Love



Sticky note : nice..... ^__^

sparkle effects

Thursday, February 9, 2012

up and down....

Love is something yang we have to give and take..

I know everyone is not perfectooo...yeahhh i know...

What we need to do is try to change and be the best we can.

InsyaAllah...everything gonna be fine..

have to forgive but hard to forget.. is it?

Trying harder for something good in future..

Even Love is something yang cant predict, up and down... but if it comes naturally and both of us feel sincerely in relation and honest each other, insyaAllah...may Allah bless our relation..





sticky note: sharing or merapu...??


sparkle effects

Thursday, January 19, 2012

A year Without Rain

Special dedication to Mr Sunbae..









Selena Gomez - A Year Without Rain lyrics

Can you feel me, 
When I think about you?
With every breath I take.
Every minute, 
No matter what I do, 
My world is an empty place.
Like I've been wonderin' the desert
For a thousand days.
Ooooh
Don't know if it's a mirage, 
But I always see your face.
Baby

I'm missing you so much.
Can't help it, I'm in love.
A day without you is like
A year without rain.
I need you by my side, 
Don't know how I'll survive.
A day without you is like
A year without rain.
Ooooh
Woooooooooaaahhhhh.

The stars are burning, 
I hear your voice in my mind.
Can't you hear me calling?
My heart is yearning, 
Like the ocean that's running dry.
Catch me I'm falling.
It's like the ground is crumbling
Underneath my feet.
(Won't you save me?)
There's gonna be a monsoon
When you get back to me.
Oooooh, Baby

I missing you so much.
Can't help it, I'm in love.
A day without you is like
A year without rain.
I need you by my side, 
Don't know how I'll survive.
A day without you is like
A year without rain
Ooohh
Wooooooooaaah... 

So let this drought
Come to an end, 
And make this desert flower again.
I'm so glad you found me, 
Stick around me.
Baby, baby, baby
Ooooooohh
It's a world of wonder, 
With you in my life.
So hurry, baby, 
Don't waste no more time.
I need you here, 
I can't explain.
A day without you
Is like a year without rain.
Oooh

I missing you so much.
Can't help it, I'm in love.
A day without you is like
A year without rain.
I need you by my side, 
Don't know how I'll survive.
A day without you is like
A year without rain.
Ooooohh.
Woooooooah.

Oooooooooooooooooooooh
Woooaaaahhh
Ooohhh



sticky note : take care kat offshore t! (hope u have read this b4 sunday)

sparkle effects

Saturday, December 31, 2011

happy birthday Boy...

specel kan..siap ada entry gitu..hahaa

SELAMAT HARI LAHIR ...

semoga panjang umor dan murah rezki..
dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati Allah,
succeed...dunia akhirat...
dan sewaktu dengannya..hehee

~plus~
epi new year too....semoga azam taon ni dah tercapai dan menghadapi taon depan dengan lebih baik dari sekarang ^__^

specel song for you...



translation :
 Happy Birthday my beloved one.
I love you the most just like the sun.
May your future be blooming like a flower so far
May your life be bright like a shining star
May all your pace ahead with great bravery
And all may many Happy Birthday
May my dearest friend possess a very long life
And celebrate your Birthday with our love all night





sticky note : ^____^
sparkle effects




Sunday, December 4, 2011

20 sebab LELAKI DITOLAK (part 1)



Salam and good evening you ols... lama betul x hupdate belog...aish...
last time ada membincangkan tentang kenapa lelaki hensem masih single mingle right?
tapi tahu tak kenapa mereka2 ditolak? haha...ops sorry...lebih sopan ..."tidak diterima.."?

agaknye laa.... sebab :


  1. suka meninggikan suara... tau la suara korang macho..tapi tak ada orang yang suka ditengking hokey!
  2. main kayu 3... mungkin lebih daripada 3..4,5 mungkin... ouh man...talk to the hand!
  3. suka "cuci mata"... euww.... mata keranjang..! pantang nampak perempuan.. :s
  4. mengongkong.. senang cakap king control...belom lagi kawin ni...haish!
  5. ego... se ego ego perempuan, ego lagi si lelaki...lelaki dan ego, memang tak dapat dipisahkan..
  6. menipu... suka menipu dan memberi alasan yang tak munasabah...yang couple, mengaku solo? euww... such a loser!
  7. perasan..alahai...jangan perasan hot bila rasa diri tu tampan, kaya, dan market! coz mungkin pada pandangan perempuan, korang ni biasa2 jerrr....and ada yang suka bersedahana..tak semua perempuan memandang rupa dan kekayaan..so, wake up!
  8. mementingkan diri...  sila la consider orang lain jugak ye..bukan korang hidup sorang kat dunia ni tau..
  9. kurang memberikan..sikap sambil lewa.. kenapa ya? bukan awek korang mintak perhatian 24jam pun..
  10. cemburu butaa..cemburu tanda sayang , tapi kalau berlebihan membawa padah, merimaskan dan perempuan malas nak layan...
 no..no..no.... tak elok camtu....

adakah? adakah?? is it true? anda macam tu ke? hehe..hope not!
okey..another 10 reasons I'll update later in part 2..

thank you 

sticky note: just wonder why....but jangan marah or terasa ye....just sharing wut I've read..peacee!!




sparkle effects

Friday, November 4, 2011

Ungkap Rahsia Hadiah #2

sambungan ...



BAJU
Even baju yang diberi tidak mengikut cita rasa korang, namun pemberiannya menunjukkan bahawa korang ni seorang perempuan yang bijak bergaya


MAKAN MALAM MEWAH
si dia ajak korang makan tempat yang high class... dilayan cam vvip....ertinya, si dia mahu korang mengingati kenangan dan saat indah tu sampai bila2



PERCUTIAN
Si dia mahu mencatat satu memori indah bersama kamu dan sentiasa berharap kekal bersama


KAD UCAPAN
bertuah la korang kerana si dia begitu romentik dan bijak mengambil hati..walaupun sekeping kad, namun ia sudah memadai buat korang cair..hehe


HADIAH KESUKAAN KAMU
Si dia memberi jam tangan, mekup, dan apa saja yang korang idamkan. ertinya si dia melihat korang sebahagian daripada dirinya. memang la tak nampak romentik, tapi dia tahu apa yang korang nak.



nota selit : sukeeeeee~~~


sparkle effects

Ungkap Rahsia Hadiah #1

ehem2....suke tak dapat hadiah?
 suke kan..suke kan....
Lagi-lagi dari encik boy2 or cik gurl2 korang...kan..kan...
kata orang setiap hadiah membawa maksud yang tersendiri...
contohnya :
~
~
~


Bunga:
jika si dia memberi sekuntum je...tak bermaksud kurang budget...tapi menunjukkan si dia mengharap kamu mencintainya seikhlas hati dan terima seadanya



Coklat:
Bukan sebab nak suruh korang rasa coklat tu best ke tak...tapi si dia nak buat korang kagum dengannya

Bear:
even korang bukan 12 tahun, tapi mungkin si dia bersikap sentimental dan sentiasa mahu manjakan kamu



Barang kemas:
ehem2...siapa tak suka kan..hehe....tapi bukan nak tunjuk yang si dia kaya, ianya adalah satu pemberian yang manis kerana si dia rasa korang cantik



nota selit: suka dapat hadiah..hehe
sparkle effects

Saturday, October 29, 2011

Mas Kahwin 2010

kompang di paluuu...pengantin baru....duduk bersandinggg...tersimpul malu...~hihi...nyanyi sikit....~

haha...pic di atas sekadar hiasan je..bukan I yang kahwin okey...nonono....belum masanya lagi...hehe...tu pic my BFF kahwin last year..
for those yang plan nak kawin..ehem2....just nak share berapa mas kahwin yang boyfren korang kena kasi... so, kena la budget betul2 ...

Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti berikut :
BILNEGERINILAI
ANAK DARA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 24.00
b. Ahli WarisRM 48.00
c. Kerabat Diraja di WilayahRM 725.00
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i. Puteri SultanRM 2,500.00
ii. Puteri Raja Muda atau PuteriRM 2,000.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii. Puteri KerabatRM 1,000.00
iv. Puteri Anak Raja (Waris)RM 550.00
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 300.00
v. Anak Perempuan org-org besarRM 300.00
vi. Cucu orang besarRM 200.00
vii. Orang KebanyakkanRM 80.00
5KUALA LUMPURRM 80.00
6PERAKRM 101.00
7PULAU PINANGRM 24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 100.00
14SARAWAKRM 120.00
15W.P LABUANRM 80.00
BILNEGERINILAI
JANDA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 12.00
b. Ahli WarisRM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i. Puteri SultanRM 625.00
ii. Puteri Raja Muda atau PuteriRM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii. Puteri KerabatRM 250.00
iv. Puteri Anak Raja (Waris)RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 75.00
v. Anak Perempuan org-org besarRM 75.00
vi. Cucu orang besarRM 50.00
vii. Orang KebanyakkanRM 40.00
5KUALA LUMPURRM 40.00
6PERAK
7PULAU PINANGRM 24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 80.00
14SARAWAKRM120.00
15W.P LABUANRM 80.00
Senarai ini terakhir dikemaskini adalah pada tahun 2010. Tertakluk kepada perubahan. Sila hubungi Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.
sumber: klwedding
nota selit: semoga Allah permudahkan urusan yang baik korang... :)

sparkle effects

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe