Showing posts with label isLamiC inFo. Show all posts
Showing posts with label isLamiC inFo. Show all posts

Friday, December 30, 2011

tazkirah jumaat #4

Salam Jumaat..

Ehem2...Solat Jumaat tak nie?

sebab sekarang dah 1.30 pm. and sepatutnya kaum lelaki tiada di rumah pada waktu ni ye...

kan?? kan?? 

kepada yang tak pergi tu..tau tak apa hukumnya?

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

korang boleh baca kat SINI untuk lebih detail.

apasal I tak mention kaum hawa? sebab .....korang boleh baca solat jumaat bagi kaum hawa dan banyak lagi site2 yang berkaitan..



sticky note: sharing is caring :)
sparkle effects

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah...



salam readers... rasanya tak terlambat untuk ucap salam maal hijrah kan..hihi

tahu apa maksud MAAL HIJRAH selain cuti umum di Malaysia ni? opkos la tahu kan....hihi...

en.wiki tulis :


"Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah"

So, for us...it can be describe as perhijrahan dari sesuatu yang buruk kepada yang baik.. contohnya... I try to change my bad habit.... try to berubah , yang bad behavior kepada yang baik...insyaAllah... sama2 la kite yep ^__^... semoga usaha perhijrahan kita semua ni diberkati Allah SWT dan berterusan...amin...


nota selit: hwaiting! ^^,

sparkle effects

Friday, November 25, 2011

tazkirah jumaat #3

RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. 
Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh Allah pada hari Jumaat.


nota selit : insyaAllah...


sparkle effects

Friday, October 28, 2011

tazkirah jumaat #2

TAHUKAH ANDA?

aahhhuuuuuummmmmm!!!!

Ketika bersin (Sneeze), semua organ dalam badan kita termasuk jantung akan terhenti seketika selain mengeluarkan segala kotoran dan kuman2 yang masuk dalam badan kita..

maka dengan itu, haruslah kita mengucapkan "Alhamdulillah" tanda syukur kepada Allah 
kerana kita masih bernafas dan jantung kembali beroperasi  seperti biasa.





nota selit : selamat beramal :)


sparkle effects

Friday, October 21, 2011

tazkirah jumaat..



Doa menaiki kenderaan darat





Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.

-
-
-
~ tak kesah la sekecil2 kereta kancil mahupun semewah2 BMW... ~


nota selit : sama2 kita amalkan. insyaAllah..bak kata Mr. Sunbae, ia akan sebati dalam diri bila kita akan rasa janggal / tak lengkap tiap kali kte tinggal amalan ni. :)


sparkle effects

Wednesday, October 5, 2011

potong kuku ikut hari...



barang siapa yang memotong kuku pada :

Hari Sabtu : Keluar ubat dr tubuhnya dan msuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : Keluar kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : Keluar daripadanya gila dan masuknya sihat

Hari Selasa : Keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : Keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat dan sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : Keluar daripadanya dosa-dosa seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

sumber: Mufakkiratul Mukmin 2009


sparkle effects

Friday, August 19, 2011

rasa sedih ..

Bila kite sedih, mungkin kite lupe yang Allah tu akan tolong kite..


Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Insya Allah dengan doa, kite dapat tenangkan hati dan percayalah Allah akan bantu kite..


Doa ketika sedih / dukacita

Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.


Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.
sumber : http://doaharian.blogspot.com

nota selit: sharing is caring (",)


sparkle effects

Wednesday, August 17, 2011

Fadilat Teraweh Malam 1 - 30



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”

Rujukan: islam.gov.my dan Mufti Terengganu

nota selit: jom same2 manfaatkan bulan Ramadhan yep!


sparkle effects

Tuesday, August 9, 2011

how to gain PAHALA

Six easy ways to earn even after death.


1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads 


from it, u gain.



2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.



3) Participate in building a Masjid.






4) Place water cooler in a public place.



btw, cutenye!!
5) Plant a tree. U Gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6) And the easiest of all, Sharing this messaGe with people. Even if 1 applies any of the above, u gain..






*pics source = google image*


nota selit: sekadar berkongsi info dari Hamba Allah yang lain. jom beramal! :)


sparkle effects

Thursday, August 4, 2011

Fadilat Teraweh



Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 (khamis)– Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 (jumaat)– Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih pada malam ini.

nota kecil: jom same2 mengerjakan solat sunat traweh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe