Showing posts with label Tips kulit cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips kulit cantik. Show all posts

Friday, April 6, 2018

KELEBIHAN YOUTH ADVANC RENEWAL NIGHT CREAM | YOUTH



Mesti ramai yang dah tahu kewujudan Youth di pasaran Malaysia awal March.

Sambutan diluar jangkaan sehinggakan stok Youth untuk 3 bulan sold out dalam masa sebulan dan masih tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.

Antara item skincare Youth yang sangat istimewa adalah

YOUTH Advanced Renewal Night Cream -Light



Bahan Utama : Vital Repair+ Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus yang menjadikan efek yang sangat berkesan seawal 7 hari dan kadungan botanical ni selamat untuk pengguna waalupun mempunyai masalah kulit yang sensitif.

Fungsi utama Youth Advance Renewal Night Cream

❤ Membantu menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur.

❤ Campuran botanikal khas membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin.

❤ Menjadikan kulit kelihatan lebih muda, anjal, licin, dan lebih cerah.

❤ Melembut dan melembapkan kulit wajah.



SIAPA PERLU PAKAI NIGHT CREAM YOUTH?


✅Kulit kering tak bermaya


✅Garis halus tanda kekurangan kolagen


✅Kulit kusam menandakan sel kulit mati masih berleluasa


✅Peningkatan usia. Makin bertambah usia makin lambat sel kulit baru terbina


✅Kulit berjerawat


✅Disyorkan untuk kulit yang super sensitif & radang kemerahan


✅Sesiapa yang wajahnya kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.

Bagi yang masih mencari organic skincare,
cha sarankan untuk cuba Youth yang 100% botanical dan bebas daripada 2500 bahan kimia.

PRE-ORDER YOUTH UNTUK STOK LAST PROMOTION YANG BAKAL TIBA PADA AKHIR APRIL.




Semoga bermanfaat!

Free consultation from cha, do not hesitate to whatsapp me ;)

Follow Cha on





cha | 0176529840

Thursday, March 8, 2018

HERBAL BLEND SHAKLEE - KRIM SERBAGUNA ORGANIK SESUAI UNTUK BAYI | TIPS KESIHATAN

Cha suka sangat satu krim ni. Actually Alang hadiahkan untuk Adik masa Adik baru lahir dulu.
Sebab banyak sangat cha baca feedback yang positive tentang krim ni. Yang paling penting selamat untuk bayi, natural dan beyond organic.

Tahu part paling best?

JIMAT! hehe

Sebab satu tiub tu mahu 6 bulan pun belom habis pakai. Multipurpose krim. Cha sapu pada kulit Adik waktu dalam pantang kalau ada ruam panas. Cha sapu pada stretch mark paling berkesan, parut yillek! Sapu tumit merekah waktu sebelum tidur, esok bangun dah lembut dan licin kulit.

BEST KAN?

Langsung tak melekit, tak panas. Memang "MUST HAVE ITEM"  setiap rumah.

Herbal blend multipurpose cream ni adalah krim sapu yang berbeza dari krim-krim yang lain kerana ianya dibuat tanpa paraben!


APA ITU PARABEN?

Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk menjadikan sesuatu bahan itu bertahan lebih lama. Ia digunakan untuk melawan bakteri dan kulat. Hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.
Paraben ini boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.

Tanpa kita sedari Parabens ada di mana-mana seperti di dalam alat solek atau kosmetik, syampu, gel pembersihan, dan ubat gigi.

BAHAYA TAK PARABEN?

- Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya disapu atas bahagian kulit.
- Paraben boleh menyebabkan allergi dan ruam kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.
- Walaupun penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, tetapi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.
- Menyebabkan proses penuaan kulit lebih cepat
- Meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
- Mengganggu sistem pembiakan lelaki.

ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND

-membantu atasi masalah eczema
-merawat kulit gatal akibat serangan gigitan serangga
-melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
-menghilangkan parut seperti parut chicken pox
-melegakan ruam pada bayi
-merawat kesan luka 
-membantu membuang angin pada perut


Thanks for reading and have a great day ahead ;)


Sebarang pertanyaan boleh klik Whatsapp Cha

Dont forget to follow me on




Tuesday, March 6, 2018

VITAMIN C SHAKLEE BUKAN SEKADAR MENCERAHKAN KULIT | TIPS KECANTIKAN

Cha memang penggemar Vitamin C daripada dulu sampai sekarang. Dah macam macam jenama cha pernah cuba.

Kira dah bertahun jugak la consume  sebab cha nak topup nutrient vitamin C dalam badan sebab cha sedar memang tak cukup pun vitamin c yang diperlukan dalam badan cha daripada pemakanan.


PERLU TAK KITA AMBIL VITAMIN C DALAM DIET HARIAN KITA?


Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. 

Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.

TAHU TAK?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C memainkan peranan besar dalam fungsi penyelenggaraan tubuh terutamanya kulit. Ia:

🍊 bertindak sebagai antioksida
🍊 melindungi dari sinaran UV
🍊 bertindak sebagai egen pengurangan pigmentasi
🍊 berfungsi sebagai egen anti radang
🍊 merupakan molekul penting dalam penghasilan kolagen


KENAPA CHA PILIH VITAMIN C SUSTAINED RELEASE BY SHAKLEE

Boleh check out kenapa cha suka sangat vitamin C SR by Shaklee ni dan keistimewaannya berbanding jenama lain yang cha pernah cuba kat Vita C SR BEST! ok!

Mengapa Vita-C Plus Shaklee mengandungi Bioflavonoid?

Flavonoid adalah satu unsur larut air, dan sangat diperlukan untuk penyerapan vitamin C dan juga membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Ia memberikan warna kuning dan oren pada buah-buahan sitrus (seperti lemon, buah oren, limau, dll)

Fungsi bioflavonoid :

👍 Mencegah vitamin C daripada termusnah oleh pengoksidaan.
👍 Menguatkan dinding kapilari/saluran darah, seterusnya mengelakkan pendarahan dan lebam-lebam daripada berlaku.
👍 Membantu membina rintangan terhadap sebarang jangkitan.
👍 Membantu mencegah dan juga menyembuhkan gusi berdarah.
👍 Meningkatkan fungsi dan penyerapan vitamin C.
👍 Membantu vitamin C dalam memastikan kesihatan tisu-tisu penghubung di dalam badan.
👍 Membantu memelihara paras kolesterol yang normal.
👍 Membantu melawan alahan / asthma, dll.



So kalau kita kurang ambil makanan yang kaya vitamin c seharian kita, kita boleh ambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin c untuk cukupkan nutrient dalam badan kita supaya kulit kita sihat dan cantik, immune badan kita baik, gusi, kuku dan rambut cantik.


Ingat! Badan kita tak dapat hasilkan vitamin C dan perlu diambil setiap hari! 


Dan ia juga tidak kekal lama dalam badan kita dan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti air kencing. Sebab tu bila lebihan dose akan dikeluarkan melalui urine. 

Paling best Vita C SR Shaklee, sebab super jimat! Sebotol tahan 6 BULAN! 

Boleh dijadikan masker dan scrub!

All in one! Checkout cara membuat masker dan scrub di rumah menggunakan VitaC SR - homemade-masker-untuk-kecutkan-jerawat

SHAKLEE EFFECT!


Nak cuba Vitamin C super best?

Feel free to contact me ;)

Thanks for reading. Till we meet for the next post.

Cha | 0176529840

Follow me on

Monday, February 26, 2018

KENAPA PERLU MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE SUSTAINED RELEASE | VITAMIN

Antara Vitamin yang cha consume daripada kecil sampai sekarang - Vitamin C

Waktu kecil-kecil dulu pun Ma akan bagi vitamin C either dalam bentuk cecair mahupun jenis tablet.

Korang rasa sebab nak anak dia kulit cantik ke?


No lah!

Mesti mak mak risau anak mudah demam atau jatuh sakit kan? So most of us akan usaha untuk boost immune anak melalui pemakanan yang sihat dan ditambah dengan vitamin yang kaya dengan nutrisi macam Vitamin C.










Tahu tak yang badan kita tak hasilkan dan simpan vitamin c, maknanya kita kena consume Vitamin C ni hari-hari untuk


  • penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik
  • untuk gusi dan gigi yang sihat
  • untuk rambut yang sihat
  • untuk tambah imunisasi badan
  • berperanan penting untuk kesihatan tulang



TAPI APA YANG ISTIMEWA NYA SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE NI?


🍊 Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Jadi korang yang ada gastrik pun jangan risau untuk ambil Vita-C Plus

🍊 Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran.

 Ia bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

🍊 Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


Bagi Cha Vitamin C Shaklee sangat istimewa berbanding jenama lain yang Cha pernah consume sebelum ni sebab ia ada fungsi sustained release.


Apa maksud “Sustained Release”?

Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. 

Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Vitamin larut air seperti B-Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang mudah larut di dalam air (sebab itu kita dinasihatkan minum air yang cukup terutama bila mengambil supplement), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Sustained Release, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja. 

Bukankah membazir jika semua yang kita ambil `terbuang` begitu saja tanpa sempat dimanfaatkan oleh tubuh kita?


Jadi, Sustained Release Vita-C Plus™️ menawarkan :

👍 kesan vitamin yang optimum
👍 meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan)
👍 menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


Perlu ke tak Vitamin C dalam diet harian?

Bagi Cha sangat perlu!

Bukan sahaja untuk kesihatan badan, tapi bonus dengan kulit yang cantik!




Sebarang pertanyaan boleh klik Whatsapp Cha

Dont forget to follow me on


Thanks for reading and have a great day ahead ;)

ESP licious BERRIES SEJUK | RESEPI ESP


Korang tahu tak selain daripada bancuh ESP menggunakan air suam atau sejuk, boleh blend bersama buah kesukaan masing-masing.

Dan rasanya sangat sangat sangat sedap!

Kebaikkan berganda badan kita serap tau!

Cha nak share resepi minuman protein yang sedap lagi tergebu flawless ni

RESEPI ESP BERRIES LICIOUS 

Bahan:

- 2 atau 3 biji buah strawberry
- beberapa buah bluberry
- 200 ml susu low fat or full milk
- 1 scoop yougurt pilihan
- 3 scoop Esp shaklee 

Caranya :

- Bland bahan di atas, boleh tambah ais kalau nak sejuk



Tadaaa

Siap dan boleh diminum

Sejuk anak tekak...eemmmmm


SEDAPPPPPP!!!! Confirm tak cukup satu gelas :p


Selamat mencuba!


Feel Free To Follow / Like


Facebook

Instagram

Friday, February 23, 2018

KIWI CREAMY ESP licious | RESEPI ESP



Ramai yang tak tahu atau tak pernah cuba bancuh ESP selain daripada air suam atau sejuk kan




Cha nak share resepi minuman protein yang sedap lagi tergebu flawless ni


RESEPI CREAMY ESP KIWI 

Bahan:

- 2 atau 3 biji buah kiwi 
- 200 ml susu low fat or full milk
- 1 scoop yougurt pilihan
- Sedikit air yougurt (optional)
- 3 scoop Esp shaklee 

Caranya :

- Bland bahan di atas, boleh tambah ais kalau nak sejuk, atau boleh simpan dalam peti ais dulu baru minum



Tadaaa

Siap dan boleh diminum

Sejuk anak tekak...eemmmmm


SEDAPPPPPP!!!! Confirm tak cukup satu gelas :p


Selamat mencuba!


Feel Free To Follow / Like


Facebook

Instagram

Thursday, February 22, 2018

KEISTIMEWAAN SKINCARE ORGANIK YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER | SHAKLEE



PERBEZAAN ANTARA PRODUK YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER BERBANDING PRODUK LAIN DI PASARAN

1. Vital Repair+®️ Complex


2. Mempunyai ekstrak anggur muscadine seperti yang terdapat di dalam Vivix Shaklee


3. Menggunakan teknologi kompleks alga hijau untuk pengelupasan


4. Komplex Youth



TAHU TAK?



Setiap produk YOUTH dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai kesan penuaan kulit.


Tiada bahan kimia berbahaya & selamat digunakan wanita mengandung.


Best kan?

Terbukti selamat dan beyond organic!


No wonder Shaklee ambil masa bertahun tahun untuk keluarkan Youth ke pasaran.




So Cha nak share cara menggunakan gel pembersih muka shaklee yang paling berkesan dan disarankan secara rasmi oleh Shaklee



Guna teknik dibawah untuk mencuci kulit kita siang dan malam.


Picit tiub pembersih muka & ambil sebanyak saiz 1 biji kacang peas ke tangan.


Jangan picit banyak banyak macam ubat gigi tu. Kurus semangat.


Gosokkan sehingga menjadi lapisan yang nipis & ringan ke muka kita.


Setelah rata, bilas dengan air secara teliti.



Jika boleh pilih produk organik dan selamat, why not?

Sebarang pertanyaan boleh klik Whatsapp Cha

Do follow me on


Have a great day ahead ;)

Sunday, February 11, 2018

KULIT BEBAS CELA TANPA BAHAN KIMIA

Cha pun obses jugak nak hilangkan jerawat, jeragat, nak kulit tegang, cerah, taknak kedut sebab tu daripada zaman belajar berjinak-jinak cari skincare yang boleh buat kulit flawless

Tapi Cha pun pernah terkena produk yang menjanjikan tiada side effect tapi akhirnya menghakis kulit kita tanpa sedar. Punya la pilih Organic Product tapi sebenarnya takla 100% organik

I la tu terkena.

Pernah cuba macam-macam sampai kulit menggelupas teruk. Menangis sebab bila cuci rasa macam dihiris kulit. Boleh imagine tak?!

Urgh!

Sampai la Cha cuba skincare Shaklee Enfuselle untuk dry skin (my type skin)
Ya Allah effect dia memang tak sama macam yang pernah cuba sebelum ni

Lembut sangat kulit
Langsung tak pedih, tak mengering, tak menggelupas
Kulit moist!

Beli tahun lepas pun tak habis lagi pakai. Punya la jimat kan padahal tonyoh hari-hari

Tapi Shaklee dah stop haritu untuk skincare ni sebab SKINCARE BARU yang LAGI HEBAT untuk masuk pasaran!

Produk baru yang Shaklee release setelah 8 tahun.

8 tahun untuk pastikan betul-betul kualiti dan selamat!

Bahan bukan sebarangan. Kandungan botanikal dan patented formula yang takde dalam produk orang lain. TAK BOLEH COPY FORMULA!


YOUTH, LOOK YOUNGER LONGER

Ingredients youth:


MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


LOTUS JAPONICUS

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.




APPLE STEM CELL EXTRACT
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulituntuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.


SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


VITAL REPAIR+®COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.


Best ke best?

Klik 
whatsapp Cha untuk sebarang pertanyaan dan harga Istimewa 😊

FB : Shahida Hussin
IG : @theinfinitecharm

Friday, February 9, 2018

HOMEMADE MASKER UNTUK KECUTKAN JERAWAT SEMUDAH ABC

Tahu tak perempuan paling stress bila tiba tiba jerawat datang.
Lagi-lagi dengan perubahan cuaca, makan makanan tak sihat (bergoreng dan bersantan) memang laju betul singgah

Haritu Cha buat spring cleaning rumah. Esok terus naik sebiji. Duh!

Silap jugak sebab tak cuci muka betul-betul pun salah satu punca kulit berjerawat

Bila jerawat ada mula tangan gatal tanpa sedar terpicit, terluka kulit!

So cepat-cepat buat masker Vitamin C tampal satu muka
Vitamin C Sustained Released ni memang tekstur lembut, senang nak patahkan.

Dah la 1 botol tahan 6 bulan, lagi jimat bila dapat buat masker sekali untuk cepatkan luka sembuh dan kecutkan jerawat degil ni.


CARA SEDIAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE

1. Patahkan vitamin C kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan 1 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain.
(Jangan simpan terlalu lama kerana Vitamin C mudah teroksida disebabkan sensitif kepada cahaya dan suhu)

2. Hancurkan dalam piring utk dapatkan tekstur masker yang baik.

3. Masukkan air lebih kurang 1 sudu.

4. Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang.

5. Sapukan pada seluruh kawasan muka yang telah dibersih dan dikeringkan terlebih dulu.

6. Tunggu masker kering dalam 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih.





Sila cuba, seriously kulit rasa tegang dan lembut lepas bilas.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE

1. Kecutkan jerawat.
2. Tegangkan kulit muka.
3. Cerahkan wajah.
4. Bantu rangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.
5. Segarkan wajah.
6. Bantu hilangkan kesan parut.

Jom dapatkan harga hebat sempena PROMOSI FEBRUARY!

Vitamin C Shaklee Sustained Released 
1 botol tahan 6 bulan!

klik whatsapp Cha untuk sebarang pertanyaan dan harga istimewa!

FB : Shahida Hussin
Instagram : @theinfinitecharm



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe