Friday, February 10, 2012

Kahwin cara Melayu atau Islam?




KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi.
Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!
Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.
Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.
Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.
Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
Harga lampin pakai buang?
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!


Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)



Sticky Note: aku suke text ni...source from wall facebook sape tah...
sparkle effects

Recipe for Love



Sticky note : nice..... ^__^

sparkle effects

Thursday, February 9, 2012

up and down....

Love is something yang we have to give and take..

I know everyone is not perfectooo...yeahhh i know...

What we need to do is try to change and be the best we can.

InsyaAllah...everything gonna be fine..

have to forgive but hard to forget.. is it?

Trying harder for something good in future..

Even Love is something yang cant predict, up and down... but if it comes naturally and both of us feel sincerely in relation and honest each other, insyaAllah...may Allah bless our relation..





sticky note: sharing or merapu...??


sparkle effects

annoying



sticky note : TT__TT

sparkle effects

Tuesday, February 7, 2012

Currently at KL


Sticky note: 4 hari outstation kl, abes sribu ++ wit...hadoiii

sparkle effects

Saturday, February 4, 2012

Tips membeli barang dalam Tin

Hi guys...Salam.. ^__^

macamana korang beli makanan dalam tin? mostly tengok pada label.. am I right?
No offence yang label mempengaruhi pembeli. Sebagai pengguna yang bijak, kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh warna, perkataan mahupun hiasan pada label atau wrapper.

perlu lihat mutu barangan dan "expired date" bagi makana, roti, susu, coklat, krim, minya masak, jus dan seumpamanya.

so, I just wanna share some tips yang diturunkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan:

  • teliti bahan yang terkandung untuk memastikan tahap kolestrol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
  • Elak membeli jika tin berkarat, kemek atau menggelembung
  • make sure makanan yang hendak dibeli diletak dalam keadaan yang baik dan belum expired.
  • tidak membeli makanan yang dah expired even harga yang ditawarkan sangat2 murah - kemungkinan makanan itu sudah rosak dan membahayakan kesihatan kita
  • baca dengan teliti arahan cara menyimpan makanan tersebut seperti yang telah dinyatakan pada label.

Selamat membeli ^___^

Sticky note: tak sabar nak beli barang dapur..wuhuuuu


sparkle effects

Wednesday, February 1, 2012

why people...why???

sejak masuk dalam the real workforce..banyak Question bermain2 berada dalam hotakku yang masih belum menemui jawapan..
korang ada jawapan tak??

  1. Why people suka sangat mengambil kesempatan ke atas orang lain? mostly la... people, you should not judge someone based on their appearance okey...inside, we neva noe
  2. People yang suka rasuah. I hate em' so much! tak rasa guilty ke? 
  3. people yang suka nak menjatuhkan orang lain dan tidak suka berkongsi ilmu... I dont know la why orang camni tak mahu share.. as my manager said, "ilmu nie kita tak boleh simpan sorang..we have to share.. and setiap apa ajaran kita yang betul diguna pakai oleh orang lain, akan dapat ganjaran daripada Allah later"
  4. People yang suka menggunakan harta dan duit company untuk tiada kepentingan.. tahu la bukan duit korang, tapi berpada2 la... cuba la tu syarikat korang, mesti korang marah kan orang pakai duit suka2 hati....soglap la apa la...hye..dun be so selfish!
  5. People yang suka buat kerja sambil lewa. Do not have responsibility..tak rasa gaji yang kita dapat tu tak berkat ke nanti?
  6. People yang suka comment pasal orang lain, blame others and memburuk2 kan orang lain..beware k dengan people yang macam nie.. no wonder kalau one day diorang akan buruk2 kan pasal korang depan orang lain.
  7. people yang gila kuasa.. pangkat bawahan tapi berlagak bos! please la... buat la kerja masing2...tak perlu take over kerja orang lain.. guide is ok, but dont control!

tapi tak ada la semua nya buruk kalau masuk alam bekerja ni.. ini semua berkaitan dengan Human Resource. ada yang elok, ada yang tak elok. the best way is how we handle problem2 macam ni. betul??

Bukan nak cakap aku elok je kerja ..tapi sama2 la kita memperbaiki diri kita supaya mendapat keberkatan dan disukai oleh orang lain.. maka dengan itu, kerja akan menjadi lebih mudah...


sticky note : bukan nak membebel, just pandangan dari pemerhatianku...peace! ^__^


sparkle effects

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe