Friday, March 9, 2018

8 TIPS URUSKAN ANAK DEMAM DARIPADA SUPER MOMMIES | TIPS MOMMY AND KIDS

Hai mommies!

Haritu Adik demam. Adik jarang sangat demam, Alhamdulillah. Tapi bila Adik ada nampak ada potential nak demam ni memang cha dah give extra care. Check suhu sekerap mungkin dan buat langkah prevention siap-siap.

Sekurangnya kita berusaha untuk sembuhkan sesuatu penyakit kan?


Cha a bit trauma sebab pernah admitted almost 5 days waktu adik demam 39c last year. So mommies please jangan bertangguh kalau anak dah over 38c sebab suhu akan cepat naik waktu senja dan tengah malam dan sangat bahaya kalau terlalu tinggi untuk bayi.


Doktor ada beritahu, bayi terutamanya mudah cenderung untuk mendapat jangkitan demam sebab antibodi dia masih lemah yang menyebabkan virus mudah serang even suhu drop secara mengejut walaupun 1 celcius




Cha share tips yang sedikit sebanyak membantu dalam uruskan anak demam.


1. Dengan suhu tinggi 38 darjah celcius ke atas, tanggalkan pakaian anak dan biarkan mereka memakai lampin sahaja. 


2. Tuamkan kepala dan badan anak dengan tuala basah untuk turunkan suhu. Boleh basahkan tuala dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titik cecair Basic H. Dengan cara ini anda akan perasan bahawa badan anak anda tidak akan berbau berbanding dengan menggunakan campuran air asam jawa dan lain-lain. 


3. Boleh juga mandikan atau biarkan anak berendam dalam air suam untuk turunkan suhu. Boleh gunakan beberapa titisan cecair Basic H dari Shaklee yang organic dan tidak akan membuatkan badan anak anda berbau. 


4. Hidratkan anak anda dengan kerap berikan air untuk diminum. Untuk anak yang masih menyusu, ibu harus kerapkan menyusu. 


5. Untuk ibu yang menyusukan anak yang demam, ibu juga boleh bekalkan vitamin tambahan melalui susu ibu dengan mengamalkan Sustained Release Vitamin C dan Garlic Complex dari Shaklee untuk mendapatkan susu yang lebih berkualiti untuk anak. Dan juga supaya ibu sentiasa sihat dan bertenaga untuk menjaga anak yang kurang sihat. 


6. Berikan anak yang demam makanan yang lembut dan senang dihadam seperti bubur dan sup. 


7. Sentiasa monitor suhu badan anak anda. 


8. Sekiranya tiada tanda perubahan suhu dan suhu semakin tinggi, segeralah bawa anak berjumpa doktor.


Perlukan banyak kesabaran sebab anak akan lebih cranky daripada biasa dan perlukan belaian daripada parent. Doa doa dan doa sebab hanya ALLAH SWT YANG MAHA PENYEMBUH


Semoga kita dan keluarga dijauhkan daripada penyakit yang memudaratkan.

Thanks for reading and have a great day ahead ;)

Dont forget to follow me on

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe