Cha ada client yang whatsapp cha tanya kenapa dia dapat bad effect daripada pengambilan Alfafa Complex yang dia pernah beli sendiri sebelum ni
Selidik punya selidik, rupanya cha dapati dia tak sesuai pun ambil Alfafa walaupun niat asal nak ambil Alfafa tu untuk tingkatkan kesihatan dia
Korang tahu tak yang tak semua orang sesuai mengambil apa-apa supplement yang mengandungi Alfafa
Sebab tu sangat penting untuk kita dapatkan konsultasi daripada agen dipercayai yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang produk mereka.
ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA
1. WANITA MENGANDUNG
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung
2. PENYAKIT AUTOIMUN
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk
3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID
Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk
4. KENCING MANIS
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma
5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa
Alfafa tak salah, yang salah tu pengguna.
Sebelum kita nak ambil apa-apa makanan tambahan, kenali diri dan kenali apa yang kita nak cuba tu.
Sebelum kita nak ambil apa-apa makanan tambahan, kenali diri dan kenali apa yang kita nak cuba tu.
Semoga bermanfaat!
Free consultation from cha, do not hesitate to whatsapp me ;)
Follow Cha on
INSTAGRAM
FACEBOOK PAGE
cha | 0176529840
Follow Cha on
FACEBOOK PAGE
cha | 0176529840
No comments:
Post a Comment