Monday, March 5, 2018

COQ-TROL PLUS SHAKLEE UNTUK JANTUNG SIHAT | TIPS KESIHATAN




Cha nak share produk formulasi baru daripada Shaklee yang baru je dipasarkan early this year.


Coq Trol Plus yang mana diberhentikan 3 tahun lepas (Coq Health) dan diperbaharui sekarang dengan menaikkan kualiti ingredient dalam supplement ni.


Perasan tak banyak produk dipasaran yang mana bukan vitamin (contohnya Nivea), guna coq10 dalam krim, lotion dan lipbalm.



Yang istimewanya produk CoQ Trol Plus ni sebab ia mengandungi coq10 dan resveratrol yang ada dalam Vivix tu.



APA ITU CoQ10 (Coenzyme Q10)



Nutrient yang bersifat larut lemak yang ada dalam organ penting contohnya buah pinggang, jantung dan hati. Organ-organ ni memerlukan tenaga yang selular sebab mereka bekerja lebih keras berbanding organ lain


Coq10 adalah penting kepada trilion sel dalam badan yang mesti membuat tenaga mereka sendiri untuk bertahan hidup. Untuk membuat tenaga, sel-sel membakar gula dan lemak yang berasal dari makanan yang kita makan.


Jadi Coq10 ni sangat diperlukan oleh sel dan organ untuk berfungsi dengan baik. Bila tenaga yang dibekalkan cukup, maka organ kita akan bergerak dengan lancar. Saluran darah bergerak secara lancar, maka jantung kita dapat mengepam dan berfungsi dengan sangat baik. Sebab tu pentingnya Coq10 yang cukup dalam badan kita


Nutrien yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular.


Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Ini sangat penting kerana ia membantu menggalakkan fungsi saluran darah, termasuk mereka yang mengangkut darah ke jantung.



KELEBIHAN COQ TROL PLUS SHAKLEE

Ni paling istimewa sebab ada kandungan Resveratrol yang ada pada Vivix Shaklee.


Resveratrol adalah fitonutrien yang terdapat dalam wain merah, kulit merah anggur, dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, resveratrol memainkan peranan dalam kesihatan jantung dan saluran darah.


Dalam kajian makmal, resveratrol telah terbukti untuk membantu mengurangkan pengoksidaan LDL dan mempromosi kelonggaran saluran darah. Lebih banyak saluran darah yang lebih santai, lebih luas ia terbuka untuk menggalakkan aliran darah yang sihat


Selain daripada tu, Coq Trol Plus mengandungi minyak zaitun untuk bantu penyerapan yang baik dan juga ianya 100% semulajadi.


Sebenarnya, badan kita memang akan menghasilkan coq10 secara semulajadi tapi ia akan merosot seiring usia dan gaya hidup kita (contohnya, kurang bersenam, pemakanan tak seimbang, pencemaran)


Tahu tak pada umur kita seawal 20-an tubuh kita sendiri mengalami kesukaran untuk menghasilkan coq10.


Apa kita perlu buat ialah makan makanan yang kaya dengan Coq10, amalkan gaya hidup yang sihat dan lengkapkan nutrisi coq10 secara mengambil makanan tambahan


TANDA TANDA BADAN KITA KEKURANGAN COQ10


✔Sering rasa lemah


✔Mudah penat/keletihan


✔Cepat mengantuk


✔Tiada tenaga



Tenaga yang cukup akan memberikan impak yang sangat baik untuk kesihatan badan kita dan juga aktiviti harian yang produktif!


APA KATA MEREKA?














Thanks for reading.

Follow Cha on


INSTAGRAM

FACEBOOK PAGE


cha | 0176529840

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe