FeeL Free to Drop Ur Link..i'll visit U bax.. ^^!

Tuesday, February 28, 2012

my 23rd year

salam .... sekejap je masa berlalu...dah menjangkau 23..
ok fine... da getting older and have to be more matured..
baik!!!

syukur pada Allah, dengan rezeki yang dikurniakan, kebahagiaan and kepedihan, pahit manis hidup
demi mematangkan diri, umur yang panjang, keluarga, kesayangan, saudara dan kawan2 yang mengingatiku..

Alhamdulillah....
semoge daku terus maju dan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat, dapat mengecapi segala impian dan cita2, mendapat kebahagiaan dan hidup yang sempurna...
tabah mengharungi kehidupan yang mematangkan diri...

Thank you so much pada yang wish..penuh inbox handphone, and wall facebook and twitter and ym...(byk nye anddd...) ...TQ guys..
semoga Allah memberkati hidup kite semuaaaa....

here is cici - 2 years old - thanks Mr offshore for cici - 28 feb 2010 
thanks for surprise  birthday party - 28 feb 2011

tq for the cake mr offshore :)

thanks ma for the cake - 28 feb 2012
thanks Mr offshore for elianto . 28 feb 2012


Sticky note : masa berlalu begitu pantass...so appreciate it k..
sparkle effects

Thursday, February 23, 2012

Wahai lelaki....jangan kamu buat begini...


no...no..no...no...... tak baik buat kaum ku begini... ikhlas kan diri anda wahai kaum adam..
nescaya jodoh anda berpanjangan... ^__^

sticky note: bercinta biar satu....cewahhh.... :P

sparkle effects

Best Quote of the day #8


salam guys.. wanna share some quote which i got from twitter..
really attract me..
in my view, it is 100% yes..
why?
because there is no point of hiding, rite..
so, just be ourselves and enjoy the relation..
sincerely...




sticky note : be happy and appreciate our life ...love! xoxo

sparkle effects

Tuesday, February 21, 2012

Iphone 4s vs Samsung s2.. what say you??

morning guys...
haha..Mr Sunbae saje je email me pic nie pagi2....adoi....
what say you?





sticky note: adoi.... ~mate kelip2..~ tak sabar okey!


sparkle effects

Monday, February 20, 2012

Iphone 4s vs Samsung s2 vs Blackberry Bold

Salam guys.. I just wanna share my friends opinion pasal these types of handphone sekarang...(menjadi kegilaan kot..) million thanks for my FB's friends..most of them give positive response and their opinion + suggestion....lets check it out!

see...i told yaaa...83 comments..
  okey, this one - IZAA JOHARI, amboi sampai ohsem gitu..hehe...best sangat kot iphone nie...and RIZAL HASHIM suggest and give advantage of using BB..nicee...
and please ignore Makcik NURUL NADIA yang quite sengal tu.. (p/s: ko memang dengki ngan aku kan beb!..ahaha)..
                                  
FARAA, ko memang macam salesgirl..sesuai sangat la..hahaha...ayat memang akan mempengaruhi aku bila iman tak teguh...haha...tapi asal ada cakap iphone selfish? ...EZE PIEZE?
AMIR HAMZAH, kamu buat saya mencari pakcik GOOGLE la pasal Samsung s2 nie after I told Mr. Sunbae pasal s2..hehehe..

   

here some suggestion one my my schoolmate, NADIAH pasal iphone..
frankly memang sekarang i nak tukar handphone... so budget saya dalam  2 ribu je..harap maklum..


 EN. BAD, me totally agreed with your statement!
and here also kawan2 yang list down the advantages of using samsung..quite interesting!
       
 i just snapping beberapa suggestion je la..if semua nak letak , nanti penuh pulak wall blog..hehee...
anyway, thanks again guys! all of you are awesome and cool!!!!

Sticky note : hari2 aku google and youtube handphone.. memang tak ade kerja..haha


sparkle effects

Thursday, February 16, 2012

FingerPrint Attendance

Salam guys...

Today I'm totally busy because my manager (my sweet caring bos) assigned me to handle orang datang untuk install fingerprint attendant.

Camane rupa??

Camni haaa....


Ini pula untuk my ID ....tu cop jari saya yang tak berapa menarik... @_@



Gosh! tak boleh lelambat dah pasni... huhu... eh..eh..bukan..kekadang je lewatnye.....betol!
hehe... sesetengah company pakai swap card la... punch card la... and ada yang pakai scan camni rite? so, by using this, it connected directly to admin and HQ (depends) because it has a software where you guys can download time sheet manpower... that means....no cheating rite?
hehe...

SelaMat Bekerja

Sticky note : Upgrading system!! nicee... and me wont late again...... huhu

sparkle effects

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #7


my boss text me "Ok, take rest, dah betul2 recover baru kerja :)"


siap ada smiley... how suweeettt :) tQ bosss...


sticky note : cuti itu bes
sparkle effects

Tuesday, February 14, 2012

Pekerja Contoh...

morning.....tetiba hari ni i rasa ...ehem....."pekerja contoh"... haha...boleh?
kenapa...kenapa???
sebab..... demam2 pon pergi kerja....

alahai...malasnye...penat..lemau...
tapi my bos dah assist me to lead our team today, sebab kat tempat koje i bos nak install fingerprint 
attendance... ~ pasni i tak boleh lelambat lagi pergi koje...sob3... T__T ~
take note: kekadang je lambat okeyh!

En. Boyfie suruh amek MC je...tapi....tengok la camna...kalau dah halfday baru nak ambil, cam rugi pulak kan...
semalam pon dah halfday...~ dengan selamber aku menghantar e-mail kat bos di HQ nun yang aku nak balik awal tanpa surat @ mc.selamat bos ku baik....~ --> sila jangan tiru..

k la... mulakan pagi anda dengan selawat Ya Awwal 11x (Yang Tiada Permulaan ada Nya) , semoga Allah membantu kita dalam menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan.. insyaAllah

Sticky note : me on pinky2 today... mengharapkan dengan warna pink, saya kelihatan ceria even demam melanda...




sparkle effects

Monday, February 13, 2012

Quote of the day




sparkle effects

Saturday, February 11, 2012

7 Types of girls

Salam and Morning guys... (well, almost afternoon pun..haha)
Seriously  not remember where did I got this thing but I just found in my e-mail which I sent to my boy last time.. hahaha.. and already got the answer... (so suweeeetttt)


Basically 7 types of girls,
which 1 is yours?


  1. Hard Disc Girls : Remember everything forever
  2. Ram Girls : Forget everything bout u the moment u go away from her
  3. ScreenSaver Girls : Just for looking
  4. Internet Girls : Difficult to access
  5. Server Girls : Always busy when needed
  6. Multimedia Girls : Always make horrible thing looks beautiful
  7. Virus : Once enters in your system dont leave even after format

Girls, if u wanna know the answer, then ask your boy! hahaha....

Sticky notes: sharing is love! is it? ermmm......

sparkle effects

Friday, February 10, 2012

Kahwin cara Melayu atau Islam?




KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi.
Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!
Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.
Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.
Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.
Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?
Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang
Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?
Fikir2kan lah sendiri...
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?
Harga lampin pakai buang?
Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!


Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)



Sticky Note: aku suke text ni...source from wall facebook sape tah...
sparkle effects

Recipe for Love



Sticky note : nice..... ^__^

sparkle effects

Thursday, February 9, 2012

up and down....

Love is something yang we have to give and take..

I know everyone is not perfectooo...yeahhh i know...

What we need to do is try to change and be the best we can.

InsyaAllah...everything gonna be fine..

have to forgive but hard to forget.. is it?

Trying harder for something good in future..

Even Love is something yang cant predict, up and down... but if it comes naturally and both of us feel sincerely in relation and honest each other, insyaAllah...may Allah bless our relation..





sticky note: sharing or merapu...??


sparkle effects

annoying



sticky note : TT__TT

sparkle effects

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe

Pink Lollipop