Tuesday, June 14, 2011

KoRang suKa warNa apE?

"WARNA menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang... "
yeke? hehee.. korang suka warna ape? well, mine is pink..haha..tapi tak tahu la betul ke tidak.. just untuk suka-suka.... lets check it out ^^,

  • Biru
- Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri . Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang. Sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.

- Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

  • Putih
- Positif: Lebih sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah
dipujuk apabila merajuk. Tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
- Negatif: Boros berbelanja 

  • Pink
-Positif : Seorang yang tegas dan jujur.  suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua
perkara.
- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

  • Merah
- Positif:  Berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka.
senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung

  • Hijau
- Positif : Rajin dan jujur bekerja, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan
kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

  • Oren
- Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
- Negatif: Sering menangis dan cepat mengalah dengan tekanan.

  • Hitam

- Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung

  • Kuning
- Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Sering menangis dan mudah menyerah.



  • Purple

- Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
- Negatif: Sombong dan sedikit emosi.



  • Brown

- Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan.(kalau laki mesti kebapaan la kot..) Suka merendah diri dan halus budi pekerti. gemar menambahkan ilmu di dada.
- Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.





p/s: kalau suka rainbow, maknanye semua sifat nie ada la kan??




Glitter Words - http://www.sparklee.com

4 comments:

paklah said...

klo warna warni?heheh

cha apple said...

hahhaa....orang gilaa...

mahirah said...

ak suke c0l0rless..tade p0n lam explanati0n muuu ;)

cha apple said...

kalerless tu seksi...x bgus2...hahahahhaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

goctHa! hehe